Monday, 13 May 2013

KHASIAT DAN KEBAIKAN KOKO a.k.a COKLAT - Bahagian 2

"CRISPY CHOCOLATE COOKIES - Mashiey's Brand" (^.^) memang yummy3x!

Sambungan SHARE "KHASIAT DAN KEBAIKAN KOKO a.k.a COKLAT" - Bahagian 2

4. Baik untuk jantung

Koko adalah makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids yang dapat mengurangkan risiko adrenosklerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung. Coklat kosong atau coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Anggaran 100 gram coklat kosong menyumbang 23 peratus zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia dalam sehari.
Coklat gelap adalah lebih baik untuk jantung yang sihat berbanding dengan coklat putih kerana coklat gelap seberat 50 gram mengandungi 300 mg polifenol berbanding dengan coklat susu yang sama berat hanya mengandungi 100 mg polifenol.

5. Mengawal tekanan darah

Coklat pahit mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukar gula di dalam makanan menjadi tenaga.

Coklat mengandungi kalium (potasium) yang tinggi. Bahan ini bertindak mempergiat tindak balas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik dalam sel.

6. Mengawal kencing manis

Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes. Coklat diabetik menggunakan 10 peratus pes koko, 25 peratus lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.




** To be continued further...

No comments:

Post a Comment